Monday 15 January 2018

Ramesh Terus Berjuang Demi Masa Depan Rakyat



Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao sudah bersedia membantu Barisan Nasional (BN) serta akan menyokong sesiapa sahaja yang menjadi calon yang bakal bertanding nanti pada PRU14 akan datang.

Di laman sosial Facebook miliknya, Ramesh berkata tidak kira siapa sahaja calon, pihaknya akan terus menyokong dan memastikan kemenangan BN.

Sejak beberapa minggu lepas, beliau berada di tempat kelahirannya di Hutan Melintang DUN N54 untuk mengadakan program bertemu rakyat dan memberikan bakti kepada mereka supaya dapat meringankan beban mereka dan menjadikan keadaan lebih baik.

Beliau turut bersedia menyokong sesiapa sahaja calon yang bakal dipilih di kawasan itu nanti.

"Tak kira siapa calon #N54 #HutanMelintang, ayuh kita berganding bahu dalam menawan semula kerusi #HutanMelintang dan tingkatkan majoriti kemenangan calon BN," katanya.





Pada 13 Januari lepas, Ramesh meluangkan masa dengan penduduk di kawasan Hutang Melintang di bawah Parlimen Bagan Datoh mengedarkan belanga sempena pesta Ponggal kepada penduduk berbangsa India yang menyambut perayaan itu pada keesokannya.

No comments:

Post a Comment