Friday 12 January 2018

Parti Melayu Islam Dalam Pakatan Takut, Biarkan DAP Serang PM Isu Lawatan Kerja Arab Saudi



KENYATAAN MEDIA
12 Januari 2018

UNTUK SIARAN SEGERA

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP)

Tajuk : Parti Melayu Islam Dalam Pakatan Takut, Biarkan DAP Serang PM Isu Lawatan Kerja Arab Saudi

Tindakan para macai dan penyokong DAP yang mempersoalkan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi termasuk langkah membawa ahli keluarga melaksanakan umrah adalah biadab dan kurang ajar kerana mencampuri urusan agama Islam melibatkan ibadah suci umrah.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata lebih memalukan para pemimpin parti yang majoriti Islam dalam Pakatan Harapan (PH) berdiam diri dan membiarkan Najib dan keluarga diperlekeh dan dihina di media sosial walaupun sesama Islam.

"Cina dalam DAP perlekeh orang Islam yang bawa ibunya untuk tunaikan umrah, mana suara pemimpin PKR, Bersatu dan PAN.

"Takkan tidak terkesan dengan tindakan mereka yang menghina ibadat umat Islam," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Najib dalam lawatan kerja berkenaan mengundang bersama ibunya Tun Rahah Mohammad Noah, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, dan beberapa ahli keluarga lain kerana mahu bersama-sama menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Ramesh berkata sejak beberapa hari isu itu berlarutan, beliau memerhatikan sahaja bagaiman pemimpin parti lain yang majoriti berbangsa Melayu dalam pakatan jadi pengecut dan takut kepada DAP walaupun selepas Konvensyen PH tempoh hari, dua parti Melayu diberikan paling banyak kerusi untuk bertanding di Semenanjung.

"Bersatu ada 52 kerusi, PKR ada 51 kerusi, DAP hanya ada 35 kerusi sahaja bertanding tapi mereka sanggup biarkan para penyokong DAP berbuat begitu kepada Najib yang pergi ke Mekah dengan ikhlas untuk menunaikan ibadat.

"Saya agak berang apabila melihat komen-komen di media sosial yang mempersoalkan lawatan Najib itu sedangkan lawatan itu adalah hasil jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud iaitu Raja Arab Saudi," katanya.

Menurut beliau, cara berpolitik DAP dan Pakatan sudah semakin tidak beretika dan tidak bermoral sampai sanggup menghasut rakyat untuk mengutuk pemimpin negara yang dalam rangka lawatan kerja demi kepentingan politik dan undi.

Ramesh berkata berpolitik adalah berkenaan menjalankan tugas dan amanah untuk rakyat bagi kepentingan mereka dengan menyelesaikan masalah bukannya dengan mengejek dan menyerang keperibadian orang lain.

"BN tidak pernah mengamalkan cara berpolitik seperti itu malah apa yang dirancang dilakukan untuk kepentingan rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa supaya semua dapat menikmati pembangunan secara menyeluruh.

"Rakyat perlu tahu dan sedar perkara ini kerana dari hari ke hari pembangkang semakin tidak berakhlak dan keterlaluan," katanya.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden PMSP
#N54 DUN Hutan Melintang

No comments:

Post a Comment