Wednesday 7 February 2018

Malaysia Huru-Hara Kalau Pembangkang Menang #PRU14



UNTUK SIARAN SEGERA

Kenyataan Media
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP)
7 Februari 2018

Tajuk : Malaysia Akan Jadi Huru-Hara Jika Pakatan Harapan Menang PRU14

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao mendakwa suasana politik negara akan jadi huru hara jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam PRU14 nanti dan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata keadaan Malaysia akan sama seperti negara Timur Tengah yang bergolak sampai hari ini selepas campur tangan asing sehingga menyebabkan peperangan dan rusuhan besar.

"Malaysia akan menjadi huru-hara macam Iraq, Libya dan Mesir jika Pakatan Harapan tawan Putrajaya," kata Ramesh.

Menurut beliau, ini adalah kerana rakyat yang bosan dengan drama politik pemimpin Pakatan dan penindasan akan memberontak kerana pemimpin sibuk bertelagah sesama sendiri soal kuasa dan pentadbiran tanpa membuat perancangan untuk kepentingan masa depan negara.

Ramesh menganggap banyak bukti yang ada menunjukkan PH akan tetap berkonflik walaupun sudah menang kerana mereka tidak pernah puas hati selagi tidak mendapat apa yang mereka hajatkan.

"Bukti mereka akan huru-hara ialah mereka tiada persefahaman sesama sendiri, isu agihan kerusi pun tak mampu diselesaikan, perjuangan yang utamakan anak beranak dan mengamalkan pendekatan memihak kepada kroni," katanya.

Beliau berkata rakyat akan mula berasa muak dengan pendekatan baru pakatan nanti yang banyak mengamalkan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa sehingga menjadi marah untuk mula memberontak.

Rakyat dan pengundi tidak ada sebab untuk mengundi PH kerana mereka sudah gagal sebelum PRU14 dan sudah gagal di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka di Selangor dan Pulau Pinang.

Ramesh yakin Barisan Nasional (BN) akan terus konsisten dan komited membangunkan negara betul-betul berasaskan kemahuan rakyat dan bukannya mementingkan kepuasan politik diri sendiri.

"Tolak Pakatan Harapan, yakini Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Dalam sejarah Ramesh menglibatkan diri dalam bidang politik, Ramesh berkata gandingan Najib dan Zahid adalah gandingan terbaik dan sempurna pernah disaksikan setakat ini diukur daripada pentadbiran cekap serta kemajuan pembangunan yang dicapai negara setakat ini.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden PMSP
#N54
#HutanMelintang
#BarisanNasional

Monday 5 February 2018

Pertandingan Memancing Di Hutan Melintang 10 Februari Ini!



Khas Untuk Warga Nelayan #Hutanmelintang #N54 
Pertandingan Memancing Ikan Bersama pemilik Sampan -

Tarikh - 10 Februari 2018
Masa -8.30pagi 
Tempat -Jeti Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang.
 
***************
Jamuan Makan Malam Bersama Komuniti Nelayan Bersampan 

Tarikh - 10 Februari 2018
Masa - 8malam
Tempat-Dewan Serbaguna, Di Hadapan Masjid Jamek, Hutan Melintang