Tuesday 24 July 2018

Peminjam PTPN Perlu Bangkit, Tuntut Janji Pakatan Harapan




Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional mesti terus mendesak dan menuntut janji dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu penangguhan bayaran balik selagi peminjam belum menerima gaji RM4,000 sebulan.

Pengarah Strategik Parti Alternatif Rakyat (PAP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata ramai dari peminjam dana pengajian PTPTN telah mengundi PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 untuk membolehkan mereka tidak perlu membayar pinjaman berkenaan.

Beliau berkata, tindakan kerajaan PH tidak menunaikan banyak janji dalam manifesto PRU14 sebenarnya berniat mengelak dari menjaga amanah dan mandat yang diberikan rakyat selepas menang PRU tetapi mahu memerintah negara sesuka-hati mereka.

"Dalam bajet pakatan rakyat pada 2013 dulu, gabungan yang sama menawarkan pemansuhan PTPTN dan melupuskan hutang semua peminjam tidak ditunaikan kemudian mereka tukar janji baru untuk menangguhkan bayaran balik daripada peminjam.

"Bagaimanapun, selepas buat cerita meragukan berkaitan hutang negara serta menyalahkan kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN), Pakatan cuba mengelak dari menunaikan janji berkenaan sebaliknya mereka cari alasan untuk tidak menunaikan janji itu," kata Ramesh.

Oleh itu, beliau mahu para peminjam yang mahu janji itu ditunaikan bangkit dan terus menuntut daripada kerajaan untuk melaksanakan manifesto berkenaan seperti yang dijanjikan oleh para pemimpin mereka ketika sebelum PRU14 dulu.

Ramesh berkata kerajaan PH hanya mampu menarik balik nama dari senarai hitam Jabatan Imigresen tetapi terus menuntut bayaran balik serta tetap menyenaraihitamkan para peminjam dalam senarai CCRIS.

"Jangan berhenti mendesak kerajaan pakatan untuk laksanakan janji berkenaan. Jangan ambil mudah kemahuan rakyat dengan membuat janji pilihan raya seperti perkara yang boleh diubah-ubah dan ditukar-tukar," katanya.

Beliau berkata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebelum ini adalah Menteri Kabinet di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mahu menyatakan bahawa janji menangguhkan bayaran balik PTPTN akan dilaksanakan tetapi kini beliau berubah pendirian.

"Dalam laman sosial Facebook, YB Maszlee menyatakan bahawa janji itu tidak dapat ditunaikan kerana hutang negara dalam keadaan teruk padahal cerita teruknya hutang negara adalah rekaan dari kerajaan pakatan melalui Menteri Kewangan, Lim Guan Eng," kata Ramesh.

Ramesh mahu para peminjam jangan menyerah kalah dan berputus asa sebaliknya terus mendesak kerajaan PH laksanakan apa yang mereka janjikan bukan mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Wednesday 18 July 2018

Pemimpin dan Penyokong Pakatan Harapan Perlu Mohon Maaf Kepada Najib Dan Keluarga



Semua pihak yang menyalahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahgunakan kuasa dengan rasuah berkaitan kes syarikat SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu memohon maaf kepada beliau dan keluarga selepas akaunnya tidak lagi dibekukan kerana tidak ada kaitan dengan siasatan.

Pengarah Strategik Parti Alternatif Rakyat (PAP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memaklumkan bahawa pihak mereka mendapati akaun peribadi Najib tidak ada kaitan dengan siasatan berkenaan.

"Walaupun kes ini sudah dituduh di mahkamah, SPRM sendiri sudah menyatakan bahawa akaun peribadi milik beliau tidak ada kaitan dengan siasatan, jadi pihak yang buat tuduhan macam-macam perlu minta maaf kepada Najib dan keluarga.

"Keluarga bekas Perdana Menteri itu sudah menanggung macam-macam fitnah bermula dari kes 1MDB dan macam-macam lagi.

"Walaupun sudah dibuktikan tidak ada kaitan tidak ada pihak yang tampil memohon maaf walaupun sudah menuduh dan memfitnah beliau sebelum ini," kata Ramesh.

Ramesh menambah, dalam satu kenyataan oleh SPRM semalam, agensi itu menegaskan langkah menarik balik pembekuan akaun bank Najib dilakukan bukan disebabkan oleh desakan mana-mana pihak sebaliknya kerana siasatan sudah selesai.

Selain orang ramai, pemimpin kerajaan Pakatan Harapan juga perlu mohon maaf kepada Najib selepas akaun bank peribadinya terbukti tidak ada kaitan dengan kes berkenaan.

"Jangan berdiam diri sahaja, buktikan anda pemimpin dalam kerajaan yang ada integriti. Dalam ceramah, anda burukkan Najib dan tuduh yang bukan-bukan sehingga hari ini siasatan terbukti menyatakan akaun peribadi beliau (Najib) tidak ada kaitan dengan siasatan.

"Buat kenyataan permohonan maaf secara terbuka dan bersihkan nama bekas Perdana Menteri," kata Ramesh.

Kes berkaitan SRC International kini sudah di peringkat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Najib dituduh baru-baru ini atas dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa oleh SPRM.

Ada laporan bahawa Peguam Negara, Tommy Thomas tidak bersedia dengan dokumen pendakwaan untuk diserahkan kepada pasukan pembelaan yang diketuai oleh Peguam Kanan, Tan Sri Shafee Abdullah ketika proses pertuduhan dilakukan ke atas Najib.

Tindakan membekukan akaun Najib dikecam banyak pihak kerana akaun peribadi berkenaan digunakan oleh Najib untuk menerima gaji sebagai Ahli Parlimen Pekan dan pencen sebagai bekas Menteri Besar Pahang.

Langkah itu turut menjejaskan seorang anak perempuan Najib yang dikatakan menghidap kanser kerana akaun anaknya itu turut dibekukan.

Kaum Cina Diharap Lebih Ramai Akan Sertai Angkatan Tentera - Ramesh Rao



Parti Alternatif Rakyat (PAP) berharap lebih ramai masyarakat Tionghua akan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas seorang Ahli Parlimen berbangsa Cina dilantik sebagai Senator sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Pengarah Strategik PAP, Ramesh Rao berkata beliau ialah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bergelar Senator mengangkat sumpah semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau percaya bahawa ia adalah satu langkah kerajaan Pakatan Harapan untuk menarik minat lebih ramai orang dari bangsa Cina untuk menyertai pasukan keselamatan untuk memelihara keamanan negara.

"Sebelum ini ketika Barisan Nasional (BN) memerintah negara, mereka yang berbangsa Cina tidak nampak ada minat untuk menyertai tentera dan peratusannya hanya sedikit.

"Walaupun ada orang Melayu rasa bimbang apabila ada Timbalan Menteri dari bangsa Cina dilantik jadi Menteri Pertahanan, kita anggap ia untuk tujuan yang baik iaitu untuk menarik lebih ramai kaum Cina jadi tentera bukan untuk menunjukkan bahawa kerajana pakatan sebenarnya diterajui oleh DAP dalam diam," kata Ramesh.

Ramesh berkata sejarah menunjukkan dari sekitar 60-an hingga penghujung 70-an, kakitangan tentera bukan Melayu membentuk 30 peratus daripada seluruh pasukan tentera. Tentera laut dan udara mempunyai peratusan yang lebih baik. Hari demi hari, angka itu secara perlahan-lahan menurun kepada hanya kira-kira 5 peratus sekarang ini.

Menurut beliau, pelantikan Liew itu agak pelik kerana beliau merupakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang gagal kerana kalah kepada Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

"Amat memalukan kerana Liew adalah calon DAP yang kalah kepada satu-satunya calon dari MCA yang menang pada PRU14 tapi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir melantik beliau ke dalam kabinet sebagai Senator.

"Cara seperti ini nampak seperti jadi Menteri ikut pintu belakang kerana sudah kalah tapi dilantik juga sebagai Senator," kata Ramesh.

Walaupun Liew dilantik sebagai Timbalan Menteri di bawah Mohamad Sabu, diharap orang berbangsa Cina akan turut berminat untu menyertai polis selain tentera dan meningkatkan lagi peratusan anggota dari bangsa lain di dalam pasukan keselamatan di negara ini.

Monday 16 July 2018

Ahli Parlimen BN Digesa Untuk Buat Laporan Poolis Dan Mohon Campurtangan Majlis Peguam



UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA

Pengarah Strategik Parti Alternatif Rakyat

Tajuk : Ahli Parlimen BN Digesa Untuk Buat Laporan Poolis Dan Mohon Campurtangan Majlis Peguam

Ahli Parlimen pembangkang dari Barisan Nasional (BN) digesa buat laporan polis ke atas Ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran tindakan wakil rakyat melanggar peraturan apabila melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pengarah Strategik Parti Alternatif Rakyat (PAP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan PH jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 4(1) yang menyebut satu makluman perlu diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat melalui surat sekurang-kurangya 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.

"Kerajaan pakatan ini jelas melanggar peraturan berkenaan kerana perlantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hanya diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir semalam sehari sebelum persidangan bermula, bukannya dalam masa 14 hari.

"Kerajaan PH ini bukan sahaja hendak mempermainkan rakyat dengan pelbagai keputusan mengarut, keadaan ekonomi jatuh tetai mereka kini dilihat seperti menghina Perlembagaan serta mempermainkan Parlimen," katanya.

Ramesh berkata selain tindakan keluar dari Dewan Rakyat secara beramai-ramai ketika sidang bermula, Ahli Parlimen BN perlu membuat laporan polis supaya langkah yang membelakangkan peraturan mesyuarat institusi Parlimen disiasat pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

Disamping itu, beliau memohon Majlis Peguam (BAR) campurtangan dalam kemelut perlantikan Mohamad Ariff kerana ia jelas tidak menghormati undang-undang.

"Buat laporan polis dan saya mohon Majlis Peguam campurtangan dalam isu ini kerana ia memalukan institusi Parlimen tempat di mana undang-undang negara ini digubal oleh wakil rakyat.

"Kalau dulu, Majlis Peguam campurtangan dan mempersoalkan langkah menahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat secara tidak sah oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB dan bukannya SPRM, dan kini saya harap Majlis Peguam akan lakukan perkara sama dalam isu ini," katanya menurut kenyataan itu.

Pada 2 Julai lepas, iaitu 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini (16 Julai 2018), kerajaan masih belum mengeluarkan kenyataan membuat keputusan tentang nama calon Speaker Dewan Rakyat.

Tarikh 11 Julai pula, NSTP melaporkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang juga ADUN Gurun menolak tawaran jawatan berkenaan.

"Ini jelas menunjukkan calon Speaker yang dipilih mereka masih belum dimuktamadkan pada 11 Julai, bukan sebelum 14 hari sidang bermula," katanya.

Walaupun sudah menjadi kerajaan dan berjaya mengalahkan BN, PH tidak boleh memperlakukan Parlimen atau undang-undang dalam negara sesuka hati mereka seperti apa yang mereka lakukan sehingga hari ini selepas berjaya menjadi kerajaan selepas PRU14 lepas, kata Ramesh.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Pengarah Strategik PAP
16 Julai 2018