Monday 9 April 2018

#HutanMelintang : Ramesh Rao Gempur Kubu Kuat PKR Satu Demi Satu



Selepas beberapa lokasi yang dianggap kubu kuat PKR di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang berjaya dimasuki oleh Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) yang pro-Barisan Nasional (BN), badan bukan kerajaan itu terus bergerak di sekitar kawasan berkenaan membantu penduduk tidak mengira latar belakang.

Presiden PMSP Ramesh Rao sebelum ini sudah menghadiri program di kuil yang berada di kawasan estet Jendarata 1, 2 dan 3. Baru-baru ini pada Jumaat lepas, satu lagi kawasan yang dimomokkan sebagai simpanan tetap PKR di Hutan Melintang digempur Ramesh iaitu Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jalan Ferry.

Beliau bertemu penduduk dan mendengar masalah yang mereka hadapi sepanjang dua penggal diwakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, S Kesavan dan berjanji akan mencari jalan penyelesaian untuk mereka di kawasan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ramesh berkata program berkenaan adalah tanggungjawab beliau sebagai anak jati di kawasan DUN berkenaan.

"Kita perlu bersama-sama dengan penduduk di Hutan Melintang kerana sudah hampir 9 tahun mereka diabaikan di bawah wakil rakyat PKR yang tidak buat kerja dengan sebaiknya di sini.

"Tidak kira kubu kuat atau kawasan yang dipanggil simpanan tetap PKR di sini, jika ada kumpulan rakyat yang memerlukan, kami yang sentiasa menyokong BN akan hadir dan menggempur kawasan berkenaan bertemu dengan rakyat," katanya.

Sabtu lepas, Ramesh mengadakan satu program bersama masyarakat Telegu di Hutan Melintang. Dalam program berkenaan beliau memberikan penjelasan tentang isu-isu semasa khususnya fitnah yang melampau dari Pakatan Harapan (PH) ke atas BN. Ramesh juga meyakinkan penduduk bahawa kerajaan BN memandang serius dan komited dalam menyelesaikan masalah rakyat.





Beliau dan pihak PMSP turut mmeberikan sumbangan berbentuk barangan keperluan seperti beras, gula, teh, susu, sardin dan mee segera kepada 100 orang dari golongan ibu tunggal, keluarga daif dan Orang Kelainan Upaya (OKU). Kira-kira 250 orang penduduk Hutan Melintang hadir pada program berkenaan di Dewan Telegu, Simpang Empat.

Ramesh berkata, tempoh dua penggal yang sudah disia-siakan oleh Kesavan dari PKR sudah cukup dan Ramesh tidak sanggup untuk melihat penduduk Hutan Melintang terus terabai.

"Dalam penjelasan saya kepada penduduk, saya menjelaskan kepada mereka tentang komitmen BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif khusus untuk masa depan rakyat yang lebih baik," katanya.

Sudah sampai masanya, beliau dan BN bekerja bersungguh-sungguh di kawasan DUN berkenaan untuk menewaskan PKR pada PRU14 nanti seterusnya berbakti kepada penduduk di situ dengan lebih baik dan bertanggungjawab.

Tuesday 3 April 2018

Jadual Program Bersama Rakyat Ramesh Rao Di Hutan Melintang



Jadual Program Dato' Seri Ramesh Rao dari 05/04/2018 hingga 08/04-2018 
#HutanMelintang #N54
----------------------------------------

👉05/04/2018 (Khamis )
--------------------
6.00pm- Lawatan ke Kampung Sg. Timah (Rejab) Jalan Ferri, Hutan Melintang.
7.30pm - Sembayang Khas Di Kuil Sri Munisvarar Sg. Timah (Rejab). Memberi 50 hampers/ Kaunter Aduan

👉06/04/2018 (Jumaat )
--------------------
8.00am - Sarapan Pagi bersama Pengulu Hutan Melintang En. Ridzuan Di Warung
9.00am - Lawatan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Hutan Melintang. Perjumpaan Rasmi Bersama GB En. Zainal Bin Bahari.
12.30pm - Melawat Anggota PDRM En. Selva (SB) di Hospital Teluk Intan. Menghulurkan Bantuan.
2.30pm- Merasmikan Sukan Tahunan SRJK Tamil New Coconut, Sg. Dulang.

👉07/04/2018 ( Sabtu)
--------------------
9.00am - Sarapan Pagi bersama Ketua Cawangan UMNO, Tok Sidang, Puteri Kawasan & Ketua Kampung d'warung makngah kg bagan pasir.
10.00 am- memberi sumbangan 30 hampers kpd ibu tunggal, keluarga daif & oku.
3.00 pm- memberi sumbangan 50 hampers kpd ibu tunggal, keluarga daif & oku di kampung teluk buluh.
6.00pm - Memberi 50 Hampers kpd Masyarakat Telugu di Rumah En. Letchumanan (Mamamintha)
7.00pm - Makan Malam bersama MCA Bahagian Bagan Datuk Di Restaurant Soon Kee.

👉08/04/2018 ( Ahad)
--------------------
8.30am - Sarapan Pagi di Warung Mee Kari Uda, Simpang Empat. (Depan Caltax)
9.30am- Lawatan ke Pasar Besar Simpang Empat. Mengedar 200 Royal Pedas.
11.30am - Sembayang Khas di Kuil Munisvarar, Jalan Sabak Bernam. (Erathai Paalam) Kambing/Kaunter Aduan
3.00pm - Menghadiri ke Kenduri Perkahwinan Adik Wathy (Puteri) Di Batu. 10.
Kepada orang ramai dan penduduk Hutan Melintang, jangan lupa kunjungi dan bersama-sama dengan beliau menyokong Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN N54 Hutan Melintang.