Monday 15 January 2018

Calon PRU14 Perlu Berani Pertahankan BN Dan Kerajaan



KENYATAAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

Tarikh : 15 Januari 2018

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP)

Tajuk : Calon PRU14 Perlu Berani Pertahankan BN Dan Kerajaan

Seorang calon untuk Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke-14 mestilah mempunyai kriteria iaitu berani menjawab tuduhan dan terus mempertahankan kekuatan parti serta kepimpinanya dari serangan tidak bertanggungjawab dari pembangkang.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata calon yang dipertandingkan mempertahankan BN sebagai satu organisasi besar yang sudah memberikan bakti yang besar kepada rakyat negara ini sejak merdeka sehingga ke hari ini.

"Calon PRU14 mestilah yang berani jawab spekulasi, berani mempertahankan perjuangan parti dan insititusi negara, berani melawan fitnah dan penipuan pembangkang.

"Mereka juga perlu selalu berada dengan orang ramai dan rakyat mendengar masalah mereka serta mencari jalan penyelesaian untuk rakyat serta rajin turun padang," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seseorang individu yang tiba-tiba hendak menawarkan diri untuk menjadi calon tanpa pernah mendalami masalah rakyat atau mendekati rakyat perlu ditolak dari menjadi calon pilihan raya umum.

"Mereka yang kaki ampu dan hero jadian dan tiba-tiba hendak menjadi calon perlu ditolak kerana mereka akan menjadi wakil rakyat bermusim yang hanya muncul apabila sudah dekat dengan pilihan raya umum," katanya.

Tahun 2018, pilihan raya umum akan diadakan sebelum Jun apabila mandat pada PRU13 akan berakhir pada tarikh berkenaan untuk mencari mandat baru lima tahun selepas ini.

Ramesh berkata, BN semakin mendapat tempat di hati rakyat daripada hasil apa yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat dan tuduhan pembangkang hanya berunsur fitnah dan kebencian.

Para pemimpin yang betul-betul ikhas dan berjuang untuk rakyat terus berbakti tanpa mengharapkan apa-apa balasan sebaliknya mahu memastikan apa yang dilaksanakan oleh BN terus menjadi madah untuk rakyat.

"Rakyat akan terus menjadi kayu pengukur bagaimana BN berjaya mentadbir negara dengan baik dan memberikan yang terbaik untuk rakyat di seluruh negara.

"PRU14 dijangka memberi kemenangan besar kepada BN dan rakyat akan terus makmur dan aman di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib," kata Ramesh dalam kenyataan berkenaan.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden PMSP
#N54 Hutan Melintang

No comments:

Post a Comment