Wednesday 18 July 2018

Kaum Cina Diharap Lebih Ramai Akan Sertai Angkatan Tentera - Ramesh Rao



Parti Alternatif Rakyat (PAP) berharap lebih ramai masyarakat Tionghua akan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas seorang Ahli Parlimen berbangsa Cina dilantik sebagai Senator sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Pengarah Strategik PAP, Ramesh Rao berkata beliau ialah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bergelar Senator mengangkat sumpah semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau percaya bahawa ia adalah satu langkah kerajaan Pakatan Harapan untuk menarik minat lebih ramai orang dari bangsa Cina untuk menyertai pasukan keselamatan untuk memelihara keamanan negara.

"Sebelum ini ketika Barisan Nasional (BN) memerintah negara, mereka yang berbangsa Cina tidak nampak ada minat untuk menyertai tentera dan peratusannya hanya sedikit.

"Walaupun ada orang Melayu rasa bimbang apabila ada Timbalan Menteri dari bangsa Cina dilantik jadi Menteri Pertahanan, kita anggap ia untuk tujuan yang baik iaitu untuk menarik lebih ramai kaum Cina jadi tentera bukan untuk menunjukkan bahawa kerajana pakatan sebenarnya diterajui oleh DAP dalam diam," kata Ramesh.

Ramesh berkata sejarah menunjukkan dari sekitar 60-an hingga penghujung 70-an, kakitangan tentera bukan Melayu membentuk 30 peratus daripada seluruh pasukan tentera. Tentera laut dan udara mempunyai peratusan yang lebih baik. Hari demi hari, angka itu secara perlahan-lahan menurun kepada hanya kira-kira 5 peratus sekarang ini.

Menurut beliau, pelantikan Liew itu agak pelik kerana beliau merupakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang gagal kerana kalah kepada Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

"Amat memalukan kerana Liew adalah calon DAP yang kalah kepada satu-satunya calon dari MCA yang menang pada PRU14 tapi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir melantik beliau ke dalam kabinet sebagai Senator.

"Cara seperti ini nampak seperti jadi Menteri ikut pintu belakang kerana sudah kalah tapi dilantik juga sebagai Senator," kata Ramesh.

Walaupun Liew dilantik sebagai Timbalan Menteri di bawah Mohamad Sabu, diharap orang berbangsa Cina akan turut berminat untu menyertai polis selain tentera dan meningkatkan lagi peratusan anggota dari bangsa lain di dalam pasukan keselamatan di negara ini.

No comments:

Post a Comment