Monday 16 July 2018

Ahli Parlimen BN Digesa Untuk Buat Laporan Poolis Dan Mohon Campurtangan Majlis Peguam



UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA

Pengarah Strategik Parti Alternatif Rakyat

Tajuk : Ahli Parlimen BN Digesa Untuk Buat Laporan Poolis Dan Mohon Campurtangan Majlis Peguam

Ahli Parlimen pembangkang dari Barisan Nasional (BN) digesa buat laporan polis ke atas Ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran tindakan wakil rakyat melanggar peraturan apabila melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pengarah Strategik Parti Alternatif Rakyat (PAP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan PH jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 4(1) yang menyebut satu makluman perlu diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat melalui surat sekurang-kurangya 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.

"Kerajaan pakatan ini jelas melanggar peraturan berkenaan kerana perlantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hanya diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir semalam sehari sebelum persidangan bermula, bukannya dalam masa 14 hari.

"Kerajaan PH ini bukan sahaja hendak mempermainkan rakyat dengan pelbagai keputusan mengarut, keadaan ekonomi jatuh tetai mereka kini dilihat seperti menghina Perlembagaan serta mempermainkan Parlimen," katanya.

Ramesh berkata selain tindakan keluar dari Dewan Rakyat secara beramai-ramai ketika sidang bermula, Ahli Parlimen BN perlu membuat laporan polis supaya langkah yang membelakangkan peraturan mesyuarat institusi Parlimen disiasat pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

Disamping itu, beliau memohon Majlis Peguam (BAR) campurtangan dalam kemelut perlantikan Mohamad Ariff kerana ia jelas tidak menghormati undang-undang.

"Buat laporan polis dan saya mohon Majlis Peguam campurtangan dalam isu ini kerana ia memalukan institusi Parlimen tempat di mana undang-undang negara ini digubal oleh wakil rakyat.

"Kalau dulu, Majlis Peguam campurtangan dan mempersoalkan langkah menahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat secara tidak sah oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB dan bukannya SPRM, dan kini saya harap Majlis Peguam akan lakukan perkara sama dalam isu ini," katanya menurut kenyataan itu.

Pada 2 Julai lepas, iaitu 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini (16 Julai 2018), kerajaan masih belum mengeluarkan kenyataan membuat keputusan tentang nama calon Speaker Dewan Rakyat.

Tarikh 11 Julai pula, NSTP melaporkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang juga ADUN Gurun menolak tawaran jawatan berkenaan.

"Ini jelas menunjukkan calon Speaker yang dipilih mereka masih belum dimuktamadkan pada 11 Julai, bukan sebelum 14 hari sidang bermula," katanya.

Walaupun sudah menjadi kerajaan dan berjaya mengalahkan BN, PH tidak boleh memperlakukan Parlimen atau undang-undang dalam negara sesuka hati mereka seperti apa yang mereka lakukan sehingga hari ini selepas berjaya menjadi kerajaan selepas PRU14 lepas, kata Ramesh.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Pengarah Strategik PAP
16 Julai 2018

No comments:

Post a Comment